Monday, 13 July 2015

RAHSIA MENYIMPAN WANG

Ketahui rahsia bagaimana cara orang kaya menyimpan wang, kekayaan mereka sentiasa bertambah dari zaman-berzaman.

Salam sejahtera dan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya. Tujuan saya menulis blog ini adalah sekadar untuk berkongsi ilmu dengan anda. Bagi anda yang sukar untuk menyimpan wang, saya kongsikan cara terbaik untuk mengatasi sikap boros dalam menggunakan wang gaji atau pendapatan hasil daripada perniagaan anda. Kebocoran wang sering kali berlaku disebabkan perbelanjaan yang tidak terkawal, mungkin ini adalah faktor utama yang menyebabkan anda sukar untuk menyimpan wang, perancangan kewangan yang baik juga perlu agar anda dapat merancang perbelanjaan anda setiap bulan. Jika anda gagal dalam menyimpan wang dan belum menemui cara yang terbaik saya harap ilmu yang saya kongsikan ini dapat membantu anda.

PETUA MENYIMPAN WANG

Petua menyimpan wang adalah sanggat mudah jika anda tahu caranya. Anda tak perlu terlibat dengan skim cepat kaya atau skim pelaburan yang belum pasti akan mendatangkan keuntungan kepada anda. Tak perlu risau pasal downline lari, di curi upline dan sebagainya, sebab ilmu yang akan saya kongsikan ini tidak berkaitan dengan bisnes MLM, system pyramid dan sebagainya. Anda hanya perlu tambahkan sedikit ilmu dan cara anda dalam menyimpan wang.

Jika anda tahu caranya saya pasti anda dapat menyimpan wang anda dengan mudah dan selamat. Apa yang paling utama selepas penat lelah berkerja, anda perlu membayar diri anda sendiri terlebih dahulu sebelum berbelanja. Simpanlah sedikit wang gaji atau pendapatan anda sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda dan janganlah terlalu kedekut untuk membayar diri anda sendiri, kerana wang simpanan inilah yang akan membantu anda dimasa depan nanti.

Mungkin di masa depan anda mempunyai perancangan untuk memiliki kenderaan, rumah, tanah atau perniagaan sendiri. Semua ini memerlukan wang, jika anda menyimpan bermula dari sekarang, di masa depan nanti anda tidak mempunyai masalah terikat dengan hutang untuk membayar sedikit deposit. Wang simpanan ini juga akan membantu anda bagi merancang masa depan anak-anak anda bagi tujuan persekolahan mereka.

Bagi yang bujang pula anda dapat merancang perkahwinan anda dan tidak perlu terjebak dengan jerat pinjaman peribadi (hutang) yang akan mengikat kewangan anda setiap bulan sehingga ke hari tua. Yang paling penting wang simpanan ini juga boleh bertindak sebagai insuran anda jika anda sudah tidak berupaya untuk berkerja, hilang keupayaan kekal akibat kemalangan dan sesuatu yang mungkin anda tidak jangkakan yang menyebabkan anda kehilangan punca pendapatan.

RAHSIA WANG

Sebelum saya teruskan apa kata kita belajar sedikit tentang wang dan simpanan pelaburan.

Adakah anda seorang yang sukar untuk menyimpan wang?
Jika jawapan anda "YA", anda layak untuk mengamalkan cara menyimpan yang diamalkan oleh orang kaya-kaya. Cara ini jugalah yang digunakan oleh bank2 ternama dan juga negara-negara besar di dunia bagi mempertahankan kekayaan dan kekukuhan ekonomi serta kewangan mereka.

Sebagai contoh, mungkin anda adalah seorang daripada pemegang akaun pelaburan seperti akaun ASB, akaun simpanan tetap, atau apa2 juga jenis akaun pelaburan simpanan wang yang sah disisi undang-undang dalam negara kita.

Mari kita belajar sedikit ilmu mengenai pelaburan wang kertas dan nilainya.
Menyimpan atau melabur wang ke dalam akaun ASB, simpanan tetap atau apa juga jenis pelaburan yang sah di dalam negara kita, mungkin ini adalah pilihan terbaik dan selamat bagi wang anda. Tetapi berbaloikah menyimpan atau melabur wang anda ke dalam akaun simpanan seperti ini?

- saya pasti ini adalah jawapan anda... "YA" ianya memang selamat, menguntungkan dan berbaloi baloi, betul   tak?

Namun pernahkah anda terfikir tentang nilai matawang?
Bagaimana pula sekiranya nilai matawang jatuh setiap tahun?
Wang yang anda simpan nilainya semakin lama semakin menyusut?
Jika nilai matawang kita jatuh adakah simpanan kita juga turut terjejas?

Cuba kaji balik apa berlaku masa Krisis Kewangan Asia tahun 1997. Ringgit Malaysia jatuh lebih 50% hanya dalam tempoh beberapa bulan! Daripada RM2.50 untk USD1 kepada RM4.70


Bayangkan wang ringgit yang kita laburkan ke dalam akaun simpanan kita, nilainya jatuh 50% disebabkan kejatuhan nilai matawang negara atau matawang utama dunia (US Dollar)

Contohnya:- Anda mempunyai wang simpanan sebanyak RM20,000 kemudian nilai matawang negara kita jatuh 50%. Sudah tentu nilai wang yang anda simpan hanya tinggal separuh... Walaupun jumlah wang didalam akaun anda masih kelihatan RM20,000 namun kuasa belinya hanya tinggal separuh. Ianya seperti anda menyimpan RM10,000 sahaja walaupun sudah bertahun-tahun menyimpan.

Kita hanya menghitung jumlah wang yang kita simpan, ia banyak dalam bentuk bilangan namun kita lupa untuk menghitung nilainya, sebab itulah kita tidak sedar nilai wang yang kita simpan walaupun ianya kelihatan agak banyak namun hakikatnya, nilainya sedikit sahaja... saya pasti anda faham apa itu nilai matawang.

Memang betul duit yang kita simpan dalam bank nombornya kekal, tapi kuasa belinya dah hilang separuh. Orang luar boleh beli kekayaan negara kita dengan separuh harga jer masa tu.


Jadi kalau berlaku apa-apa yang menjejaskan kestabilan ekonomi negara atau dunia, penyimpan duit kertas akan lingkup dulu.

Perkara di bawah memang biasa kita dengar....
- Harga barang naik
- Harga barang mahal
- Kos sara hidup tinggi
- Gaji besar tetapi hanya cukup2 sahaja
- Walaupun duit banyak tetapi barang yang dapat kita beli hanya sedikit sahaja.

Sedar atau tidak sebenarnya nilai matawang kita jatuh, jadi bagaimana dengan wang simpanan yang dah kita laburkan bertahun-tahun.....
klik imej untuk besarkan
Sebagai contoh untuk matawang yang mengalami susut nilai:

Kajian Kes:-

RM0.80 di tahun 80an boleh membeli sardines 155g (tin kecil) dan pada masa kini di tahun 2015, bolehkah kita membeli sardines dengan RM0.80 ini lagi???..... Sudah pasti "TIDAK BOLEH", sedangkan jumlah ringgit yang kita gunakan adalah sama iaitu RM0.80 dan begitu juga dengan barang yang kita hendak beli iaitu sardines 155g (tin kecil)....Hehehe.... saya pasti anda semakin bijak untuk menilainya sekarang.....
king cup
Klik imej untuk besarkan
Inilah yang dinamakan inflasi....
Barang yang sama kita beli - tetapi harganya mahal daripada dulu....
disebabkan nilai matawang kita jatuh, duit kalau di hitung jumlahnya banyak tetapi nilainya sedikit... pengeluaran wang kertas yang tidak terkawal menyebabkan inflasi.


MENYIMPAN WANG KERTAS

- Jika kita simpan wang, wang akan dimakan inflasi, nilainya jatuh, jumlahnya banyak, tetapi kuasa belinya sedikit sahaja. Di masa depan pula kita perlu menambahkan sejumlah wang untuk membeli barang yang sama. Apa yang paling menarik dengan wang kertas ini, kita tidak sedar bila membelanjakannya, tahu-tahu duit dah habis..., tak dapatlah kita menyimpan.....:(
Inilah antara sebab mengapa kita tidak dapat menyimpan wang
-  wang adalah untuk dibelanjakan.
-  sebab inilah kuncinya ---> bila ada wang ianya seronok untuk dibelanjakan....
    kalau tak dibelanjakan tak seronok...

Mungkin situasi dibawah ini pernah berlaku kepada anda.


jika kita tahu akan mendapat wang, otak kita sudah bersiap sedia dengan rancangan borosnya

-Yessss.....dah nak gaji......nak beli apa ya???.....
tetapi bila dah dapat wang, rancangan berubah sekelip mata......
-Horrry....dah Gaji!!!.... arrr beli aje lah, tak kisahlah baru gaji ni....
setelah seronok berbelanja barulah kita sedar.....
Alamak!!!....duit dah habis.... Bulan ni tak dapatlah nak menyimpan....
tunggu bulan depanlah.... (bulan tunggu kita atau kita tunggu bulan?) hihihi....:)
sebab itulah ramai orang walaupun gajinya besar tetapi sukar sangat untuk menyimpan.

*Walaubagaimanapun kita perlu juga menyimpan wang kertas ini untuk tujuan tertentu contohnya wang yang perlu digunakan ketika kecemasan iaitu:

-ketika sakit
-kenderaan rosak
-kegunaan segera
 atau sesuatu yang kita tidak jangka berlaku kepada kita atau keluarga....

saya rasa anda dah semakin faham sekarang apa itu nilai matawang dan wang kertas....


untuk mengetahui lebih lanjut.... Jom..... kita kaji sedikit lagi sejarah mengenai wang....


Anda akan jatuh cinta dengan wang yang sebenar, selepas anda memahaminya.


Sebelum wujudnya wang kertas yang kita gunakan sekarang, orang zaman dahulu, contohnya di zaman firaun (6000 tahun lalu) wang kertas ni tak wujud lagi.... orang-orang mesir tidak menggunakan wang kertas pada masa itu.....??? jadi apa yang mereka guna???....


Di zaman mereka, orang-orang mesir ini menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun Menes sebagai medium pertukaran atau matawang mereka dan pada masa itu siapa yang memiliki banyak emas dia di panggil sebagai orang kaya, yang menariknya di zaman kita pula siapa yang memiliki banyak emas dia juga dipanggil sebagai orang kaya..... dan tidak pernah kita dengar orang-orang yang menyimpan emas ini jatuh miskin.... Inilah wang sebenar, yang perlu anda simpan.... emas tidak dimakan inflasi, malah nilainya semakin meningkat dari tahun ke tahun.

duit vs emas
Klik imej untuk besarkan
MENGAPA ANDA PERLU MENYIMPAN EMAS?
  1. Emas adalah wang yang sebenar.
  2. Emas adalah magnet kekayaan. (simpan sedikit tak cukup, simpan banyak baru puas hati)
  3. Emas nilainya semakin lama semakin meningkat.
  4. Emas tidak di makan inflasi.
  5. Emas dapat mengekalkan kuasa belinya.
  6. Emas tetap bernilai dari zaman berzaman.
  7. Emas adalah harta yang mudah di cairkan kepada wang tunai.
  8. Emas harta yang boleh di bawa kemana-mana.
  9. Emas tidak boleh dimanipulasikan.
  10. Emas sukar diperolehi.
  11. Emas laku di seluruh dunia.
  12. Emas tidak boleh dibinasakan.
  13. Emas mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
  14. Emas mengekalkan kekayaan anda.

WANG KERTAS VS EMAS


a). Wang Kertas

     Simpan wang kertas anda iaitu  RM150.00 di dalam laci almari anda.

b). Emas

     Simpan 1 gram emas yang juga bernilai RM150.00 (mengikut hrarga semasa)
     dalam laci almari anda.

     2 atau 5 tahun kemudian anda keluarkan kedua-duanya dan gunakannya.


a). Wang Kertas

     Wang kertas anda akan dimakan inflasi
  • harga barang naik.
  • harga barang mahal.
  • nilai matawang jatuh.
  • mudah rosak atau musnah.
nilai wang kertas boleh di tarik oleh kerajaan pada bila-bila masa, menjadikan wang kertas tersebut tidak bernilai lagi.

b). Emas

     Emas anda tidak akan di makan inflasi
  • harga emas atau nilainya sentiasa meningkat
  • mengekalkan kuasa belinya di masa hadapan
  • sentiasa berharga tidak kira zaman apa pun
Simpan emas sebenarnya kita menyimpan kekayaan, kekayaan bertambah setiap tahun dan emas juga adalah ubat bagi mereka yang sukar menyimpan wang.
emas public gold
Klik imej untuk besarkan
anda dah pandai pun sekarang...... mana yang lebih bernilai?

duit dahulu (Emas) atau

duit sekarang (Wang Kertas)

Sesiapa yang menyimpan emas, kekayaan mereka tak akan terjejas sekiranya berlaku ketidakstabilan matawang negara mahupun dunia.


Ringgit jatuh, harga emas naik.


US Dollar jatuh, harga emas lagi naik.


Dan lepas 1997 barulah disedari sistem duit kertas sangat tidak adil dan DR. M menyarankan DINAR EMAS Sebagai alat tukaran dagangan antarabangsa.


Sekarang anda dah tahu rahsia wang sebenar dan mana yang lebih bernilai untuk simpanan masa depan anda. Jadi apa yang perlu anda buat setelah mengetahui rahsia wang ini?..... Senang sahaja.... anda perlu tanamkan matlamat anda, iaitu menyimpan emas sekurang-kurangnya paling minima 1 gram sebulan. Anda sudah pun berharta, sebab emas itu adalah harta dan anda juga mempunyai wang simpanan, sebab emas itu adalah wang....:) Dengan menyimpan emas anda dapat menyelamatkan gaji anda daripada bocor, sebab duit anda telah menjadi emas yang lebih bernilai daripada wang kertas.


Jika anda menyimpan 1 gram emas setiap bulan jumlahnya pada akhir tahun ialah 12 gram bermaksud anda telah menyelamatkan wang gaji atau pendapatan anda daripada habis di belanjakan.


1 gram emas bersamaan RM150 darab/kali dengan 12 bulan


RM150.00

X 12 bulan
Rm1,800   inilah jumlah wang gaji atau pendapatan yang dapat anda selamatkan.

Di masa depan nilai emas ini akan meningkat lagi, sudah tentu nilai simpanan anda akan bertambah-tambah setiap tahun... yang penting anda menyimpan sebulan sekurang-kurangnya 1 gram emas, makin banyak anda simpan makin banyaklah yang anda perolehi di masa depan.


Jika anda telah jatuh cinta dengan wang sebenar, anda boleh teruskan membaca kerana banyak lagi ilmu-ilmu yang akan saya kongsikan kepada anda.....:)



TUKAR WANG KERTAS KEPADA EMAS


Terdapat pelbagai cara untuk kita menabung emas, antaranya saya akan kongsikan disini untuk anda lebih memahami bagaimana hendak memulakannya.


Terdapat 2 cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu

  1. Pelaburan secara emas fizikal.
  2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas.
Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
  1. Syiling emas
  2. Jongkong emas.
  3. Barang kemas.
Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan-kelebihan berikut:
  1. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
  2. Mudah dibawa.
  3. Mudah ditunaikan
  4. Mempunyai susutnilai yang rendah
  5. Boleh digadaikan.
Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang terbaik jika dibandingkan dengan syiling dan jongkong emas. Ini kerana terdapat kos upah untuk membuat barang kemas tersebut. Jika anda hendak menjual kembali barang kemas tersebut maka anda boleh dikenakan susutnilai yang tinggi iaitu diantara 25% sehingga 40%.

Kelemahan barang kemas.
  1. Harganya lebih mahal jika dibeli di kedai emas
  2. Ada kos upah tukang. Upah ini pulah bergantung kepda reka bentuk barang kemas tersebut. Semakin sukar reka bentuk barang kemas tersebut maka upah semakin mahal.
  3. Susutnilai barang kemas jauh lebih tinggi berbanding jongkong dan syiling emas (antara 25% sehingga 40%).
  4. Boleh rosak (putus, patah, bengkok, berlubang dan kemek).
  5. Susah nak gadai di Ar-Rahnu kalau barang kemas tersebut mempunyai batu permata. Ini kerana ujian ketulenan menggunakan mesin densimeter tidak boleh dilakukan.
  6. Anda boleh rugi banyak jika menjual balik barang kemas yang banyak batu permata. Ini kerana kedai emas akan mentafsir nilai barang kemas berdasarkan berat emas sahaja. Batu permata akan dikeluarkan dan dinilai secara berasingan atau dipulangkan kembali.
Institusi yang menjual emas fizikal.
  1. Maybank - Syiling kijang emas.
  2. UOB Bank - Syiling emas dan jongkong emas.
  3. Public Gold Marketing Sdn. Bhd - Syiling emas dan jongkong emas.
  4. Kuwit Ginance House.
  5. Public Dinar - Dinar emas.
  6. Dinar Emas Kelantan - Dinar emas Kelantan.
  7. Kedai emas. Seperti Poh Kong, Habib Jewel, Tomei dan sebagainya - jongkong emas.
Diantara Institusi - institusi diatas saya lebih berminat membuka akaun simpanan emas yang ditawarkan oleh syarikat Public Gold Marketing Sdn. Bhd. :)

Apa yang menarik mengenai Public Gold ialah harga emasnya berubah setiap 20 minit mengikut harga emas dunia.

Jadi, anda berpeluang membeli emas mengikut pergerakan harga emas dunia. Selain itu juga harga belian balik Public Gold juga mengikut pergerakan harga emas dunia.

Dengan kelebihan ini, pembeli produk Public Gold boleh memaksimakan keuntungan......

Ini kerana system ini membolehkan anda membeli dan menjual produk Public Gold 24 jam sehari dan 365 hari setahun mengikut harga emas dunia!

Stok sentiasa ada. Memandangkan Public Gold memiliki kilang emas sendiri, anda boleh mendapatkan stok emas dengan mudah. Ini merupakan satu kelebihan yang sangat baik kerana pelabur boleh membeli emas ketika harga emas jatuh.

Harga jongkong emas yang dijual adalah lebih murah berbanding harga di kedai emas.

Spread yang kecil (antara 4.5% ke 8% untuk jongkong emas, 5% ke 6% untuk dinar emas, 10% untuk barang kemas).

Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada kesan calar, gores, bengkok dan kemek asalkan berat tetap sama semasa di timbang. Ini sangat penting jika anda selalu menggadaikan emas anda di Ar-Rahnu.

Menabung emas ini mudah sahaja jika kita tahu caranya..... Ilmu ini saya kongsikan kepada anda semua supaya mudah bagi anda untuk memulakan penabungan emas anda.

Pelan Tindakan
  1. Tindakan pertama: mulakan sekarang! beli emas dulu kemudian baru tunggu, bukannya tunggu masa yang sesuai untuk bermula.
  2. Tindakan kedua: beli emas secara konsisten.
  3. Tindakan ketiga: tambahkan stok emas ketika harga emas jatuh.
Jika anda baru  menceburi pelaburan emas, ini nasihat dari mentor2 saya:-
Mereka yang baru menceburi dalam pelaburan emas sering kali melakukan kesilapan seperti ini.....

--> Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama <--

Anda takan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab anda belum ada benchmark (penanda aras) tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu sekurang-kurangnya 1 gram jongkong emas, dan lepas tu barulah boleh monitor perkembangan harga. Untuk makluman anda, penganalisis teknikal harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah. Apatah lagi kita orang biasa.


Bagaimana nak membeli emas Public Gold??

Terdapat 2 cara membeli emas Public Gold:
  1. Membeli terus daripada cawangan Public Gold.
  2. Membuat belian secara online daripada laman web.
Anda juga boleh membeli produk Public Gold melalui cawangan-cawangan Public Gold. Public gold mempunyai cawangan di seluruh Malaysia (kecuali Perlis).

Public Gold Branch Sabah
Klik imej untuk besarkan
Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu anda boleh mengunjungi Branch Public Gold ini sendiri.... ianya terletak di Alam Mesra, ini alamatnya:- Lot NO. 19, Block B-10, Corner Lot 1st & 2nd Floor, Lorong Plaza Permai 1, Along Jalan Sulaman, 88100, Kota kinabalu Sabah. Nombor telefonnya 088-447916. Sebelah Maybank Alam Mesra je....
Public Gold BranchPenghargaan emas

Bagi saya, saya memilih Syarikat Public Gold Sdh Bhd ini, ialah kerana mudah untuk berurusan jual beli emas. Kita boleh membeli secara online dan kita dapat merancang masa kita. Selepas membeli secara online kita boleh mengeluarkan emas tersebut pada bila-bila masa jika kita mempunyai kelapangan dan tak perlu tergesah-gesah.... Ini adalah lebih terjamin kerana anda membeli emas dan kemudiannya anda mendapat emas tersebut, anda boleh menyimpannya sendiri. Jika ada syarikat-syarikat atau persendirian yang menawarkan anda skim-skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan yang tinggi sehingga 10 - 20% sebulan, anda harus berhati-hati, pastikan anda mendapat emas fizikal tersebut daripada mereka dan jangan serahkan wang anda sewenang-wenangnya, ini kerana ada kemungkinan mereka akan memperdayakan anda dan saya harap anda bukanlah mangsa seterusnya bagi mereka. Adalah lebih baik jika anda berurusan terus dengan cara membeli dan mendapatkan emas tersebut, cara ini lebih terjamin. Bijaksanalah sebab anda telah pun mempunyi ilmu yang cukup untuk menyelamatkan wang anda.

Anda beli emas dan anda dapat emas tersebut.
Anda jual emas tersebut dan anda dapat wang anda.

Anda boleh bermula mengumpul emas-emas anda dengan modal yang paling kecil. 
Anda boleh membeli emas dengan hanya bermodalkan RM100.00 atau membeli 1 gram emas (mengikut harga semasa).

Langkah mudah untuk mengumpul emas, 

Di sini saya sediakan cara-cara bagaimana hendak mengumpul emas dengan mudah.

  1. Buka akaun emas Public Gold. Klik disini (mudah untuk membeli emas secara online).
  2. Cara menambah sipanan emas ke dalam akaun GAP anda. Klik disini .
  3. Menyemak baki simpanan emas dalam akaun GAP anda. Klik disini .
  4. Pengeluaran emas fizikal daripada akaun GAP anda. Klik disini .
  5. Contoh emas Public Gold yang anda boleh keluarkan. Klik disini .
  6. Video - sekadar pengatahuan sejarah wang dan kelebihan2 emas Public Gold. Klik disini .

Akhir kata saya ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi membaca blog saya yang tak seberapa ini sampai habis..... dan juga selamat majujaya dalam apa juga pelaburan yang anda ceburi.....

Majidi Majiri
Authorised Dealer Public Gold
pm@WhatsApp: 013-5520115

p/s: anda boleh add Facebook saya klik --> disini, untuk berkongsi ilmu mengenai emas.