BUKA AKAUN EMAS (GAP)

Program pengumpulan emas yang terbaik untuk anda .

Syarikat pengeluar emas terkemuka di Malaysia, Public Gold menawarkan peluang kepada anda untuk menyertai program simpanan emas fizikal.

Program ini dinamakan Gold Accumulation Program @ GAP
GAP Public Gold








GAP bertujuan memudahkan anda menyimpan atau membeli emas dengan modal kecil.

Dengan menyertai program Gap ini, anda boleh:
  1. Mengumpulkan emas fizikal dengan modal yang sangat rendah.
  2. mengeluarkan emas fizikal.
  3. Boleh buat simpanan emas untuk diri sendiri atau untuk anak-anak anda.
Di sini, saya akan memberikan panduan lengkap kepada anda tentang cara membeli dan menyimpan emas dengan mudah, dan tepat dan selamat melalui Program Pengumpulan Emas Public Gold(Gold Accumulation Program).

Selepas membaca panduan ini, anda dijamin 100% boleh memulakan penyimpanan emas pertama anda dengan modal yang paling rendah.

Jika ada soalan atau memerlukan bantuan, anda boleh terus sms/call atau whatsApp saya di talian 013-5520115 saya akan bantu anda.


PENGENALAN KEPADA GAP

GAP bermaksud Program Pengumpulan Emas (Gold Accumulation Program). Ia bertujuan memudahkan anda untuk membeli dan mengumpul emas dengan modal serendah RM100 atau minima 1 gram sahaja.

GAP ibarat program menabung, tapi anda menabung emas!
akaun simpanan emas

Sebagai pemegang akaun GAP, anda mempunyai 2 pilihan iaitu:
  1. Anda boleh mengeluarkan emas fizikal daripada akaun GAP anda di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh negara. Anda boleh pegang dan simpan sendiri emas ini.
  2. Anda boleh menjual emas di dalam akaun GAP ikut harga semasa (bila harga emas naik).
Ciri-ciri dan Kelebihan :
  1. Anda boleh membuka akaun Gap serendah RM100 @ 1 gram sahaja.
  2. Pembelian anda akan ditukarkan kepada berat emas (ikut harga semasa).
  3. Disokong 100% oleh emas fizikal (kuantiti 999.9).
  4. Tiada yuran simpanan.
  5. Pegangan baki minima di dalam akaun 1 gram sahaja.
  6. Diaudit oleh juruaudit bebas.
  7. Urusniaga bila-bila masa. 24 jam sehari, 365 hari setahun.

Panduan: Bagaimana cara membuka akaun GAP?

Baiklah, sebelum membuka akaun GAP, anda perlu buat keputusan sama ada nak buka akaun dengan nilai minima RM100 atau 1 gram.

Kemudian, ikuti 4 langkah di bawah:

p/s: Saya menggalakan anda buka akaun GAP dengan 1 gram kerana anda perlu ada baki minima 1 gram dalam akaun ini.

LANGKAH 1: Rujuk harga emas semasa GAP di website Public Gold.
selepas anda buat keputusan untuk membuka akaun GAP dengan nilai RM100 atau 1 gram, sekarang anda kena lihat berapa harga emas semasa.
Anda perlu lihat harga GAP di laman web www.publicgold.com.my atau klik disini

Contoh jadual harga GAP:
harga semasa emas

Semak harga GAP setiap kali anda ingin membelinya.
Daripada jadual harga GAP di atas, RM100 membolehkan anda mendapat 0.6579 gram emas. Kalau anda nak buka akaun GAP dengan nilai 1 gram, anda kena bayar RM152.

p/s: Untuk rakan-rakan yang beragama Islam adalah lebih baik Bank-in duit genap-genap mengikut berapa gram yang anda nak beli. Jangan bank-in mengikut harga RM100 tu sebab saya khuatir tak patuh syariah.


LANGKAH 2: Buat Pembayaran kepada Public Gold.
Buat pembayaran ke dalam akaun bank Public Gold seperti di bawah:

Nama akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD

Bank: Maybank
Nombor akaun: 557139238048

Atau

Bank: PUBLIC BANK BERHAD
Nombor akaun: 3167520833


LANGKAH 3: Hantar butiran pembayaran dan maklumat diri anda.

Selepas bank-in, email kan bukti pembayaran tersebut bersama-sama 8 maklumat berikut:-
  1. Nama: nama penuh anda seperti di dalam IC
  2. Nombor IC:
  3. Email:
  4. Nombor telefon:
  5. Nombor customer Public Gold: (jika ada), jika tiada, taipkan 'tiada akaun PG'
  6. Tarikh bayaran:
  7. Masa bayaran:
  8. Letakkan introducer GAP: Majidi Majiri PG050247
Emailkan kepada gap@publicgold.com.my

  1. Jika anda tidak mahu menggunakan email, anda boleh gunakan WhatsApp/WeChat untuk menghantar maklumat pembayaran.
  2. Anda juga boleh WhatsApp @ WeChat gambar bukti pembayaran kepada GAP helpdesk di 017-4866916. Pastikan gambar tersebut jelas dan tidak kabur.
WhatsApp Public Gold
Klik imej untuk besarkan

*Sila simpan slip pembayaran asal untuk rujukan pada masa akan datang.

Akaun GAP memerlukan anda membuat bayaran terus ke akaun Public Gold.
Kemudian baru berat emas tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun GAP anda.

Akaun GAP anda akan dikemaskini dalam tempoh 48 jam selepas bukti pembayaran disahkan oleh Public Gold.
Itu sahaja tuan puan. Mudah kan.

LANGKAH 4: Proses pendaftaran akaun GAP anda oleh Public Gold.

Selepas menerima email, WhatsApp atau WeChat anda, akaun GAP anda akan diproses dalam masa 48 jam waktu bekerja.
Anda akan menerima sms dari Public Gold seperti di bawah.

Sms ini menandakan pendaftaran dan pembayaran anda selamat diterima.
SMS Public Gold
Klik imej untuk besarkan
Kemudian anda akan menerima email daripada Public Gold yang mengandungi dokumen pembelian GAP.

(p/s: Jika anda tidak menerima email dari Public Gold, sila call/whatsapp Public Gold GAP hepline di talian 017-4866916)

Lihat lampiran-lampiran di dalam email anda.

email daripada Public Gold:
gmail Public Goldemail Public Gold akaun emasemail Public Gold


Klik imej untuk besarkan

Di sini, proses pendaftaran akaun GAP anda telah selesai. Anda sudah mempunyai PG Code (Costumer Account Code). Tahniah!

Selepas anda mendapat PG code daripada Public Gold anda boleh menambah simpanan emas anda pada bila-bila masa sahaja.

Saya harap ianya jelas bagaimana untuk anda membuka akaun simpanan emas anda di dalam akaun simpanan emas yang disediakan oleh Public Gold.

Majidi Majiri
Authorised Dealer Public Gold
pm@WhatsApp: 013-5520115

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.